Analisa Pembatalan Pembelian
Salah satu analisa yang sering digunakan dalam sebuah ecommerce marketplace (contohnya booking.com, lazada) adalah “Analisa Pembatalan Pembelian”. Analisa ini digunakan untuk mencari punca pembatalan setelah sebuah pembelian dibuat (Order Confirm/Order Paid).
Analisa ini dimulakan dengan mencari punca pembatalan sebuah pembelian. Secara umumnya terdapat tiga punca pembatalan:
Pembeli
Penjual
System
Kemudian jangka masa pembatalan dipastikan. Jangka masa ini menentukan berapa hari selepas pembayaran dibuat, pembelian dibatalkan
Formula umum:
Jangka masa pembatalan = Tarikh Pembatalan - Tarikh Pembelian
Seterusnya, punca pembatalan disiasat melalui “Sebab pembatalan”. Ini boleh direkodkan semasa pembeli membuat pembatalan melalui laman sesawang. Saya nasihatkan untuk merekodkan maklumat ini dalam bentuk yang lebih jitu (consistence) seperti dropdown list berbanding free text untuk memudahkan analysis. Contoh-contoh sebab pembatalan adalah:
Penghantaran Lambat
Tiada Stok
Menggunakan analisa ini pemilik marketplace boleh memperbaiki proses atau produk yang mereka hasilkan seperti membaiki UX dalam memilih variasi produk atau ruang penjelaskan produk yang lebih baik