Bagaimana anda tahu sebuah website boleh dipercayai?
Semuanya bermula dengan satu carian di Google: “Butang Baju Melayu” ( sempena Ramadhan dan Syawal nanti). Dalam beberapa saat satu senarai website muncul di ruang skrin.
Ada beberapa senarai senarai website seperti Shopee, Habis Jewels dan Jakel. Namun ada beberapa website lain yang tidak pernah diketahui oleh saya. Saya perlu mencari laman sosial media syarikat tersebut untuk memastikan ianya adalah sebuah laman perniagaan sah dan boleh dipercayai.
Isu ini tidak terjadi dalam kedai yang berada dalam Shoppe kerana pembeli dapat melihat review dalam shopee dan shoppe menjadi orang tengah kepada perniagaan tersebut. Jadi jika barang yang dibayar tidak sampai atau tidak seperti yang di harapan, pengguna boleh menuntut kembali wang mereka melalui Shopee.
Jadi jika perniagaan anda tidak berada di marketplace seperti Shopee dan Lazada, bagaimana hendak menjadikan website perniagaan anda salah satu saluran perniagaan anda?
Melihat fenomena ini berlaku saya rasakan ianya aset digital yang paling kurang di manfaatkan oleh perniagaan. Ianya hanya digunakan sebagai branding online tanpa dapat menjana perniagaan secara online secara serius.
Untuk menjadikan website sebagaia aset perniagaan anda, anda perlu menjadikan ia sebagai sebuah website yang dipercayai. Berikut merupakan cadangan saya:
Bukti Sosial
Bukti sosial merupakan indikator yang kuat untuk tujuan ini. Dengan hanya melihat jumlah like/followers dan interaksi anda dalam lawan sosial media yang memberikan isyarat yang positif. Sebagai contoh, laman Mootiara menggunakan instagram feed menjadi sebahagian daripada website mereka.
Kongsi Pengetahuan Anda
Berkongsi pengetahuan adalah salah satu cara terbaik dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan. Racuntech menerusi blog mereka, memaparkan kepakaran dengan berkongsi tips dan pengetahuan tentang custom PC. Tentu sekali jika pengguna yang mendapatkan barang PC mereka akan orang yang pakar bukan?
Gambar yang Original dan Berkualiti
Gambar yang berkualiti dan original dapat membantu pelanggan membuat pilihan dengan lebih tepat. Gambar berkualiti menunjukkan anda ambil berat dan tidak membuat kerja cincai. Dan apa yang cuba saya sampaikan dengan Gambar Original adalah, pelanggan lebih yakin dengan website kerana ia merupakan unik. Jika anda menggunakan gambar yang umun (gambar yang sama dengan orang lain , jika anda menjual produk yang sama), ia memberikan isyarat “perniagaaan kami seperti orang lain”.
Saya gemar melihat shot yang dilakukan oleh Siti Khadijah
Letakkan Lokasi Kedai dan “Contact Info“
Ini perkara yang juga penting. Walaupun anda berniaga secara online, kehadiran maklumat lokasi perniagaan dapat mewujudkan keyakinan perniagaan anda benar-benar wujud. Contact Info page juga penting, agar pelanggan dapat menghubungi anda jika mereka menghadapi masalah atauy ingin bertanya lebih lanjut tentang produk anda.