Bagaimana Sebuah SQL Query Diproses
Memahami perkara ini akan membantu anda menulis query dengan lebih baik
Video ini tidak dibuat oleh saya. Namun menonton video, memberikan kepuasan kepada saya kerana ia sesuatu yang sudah lama ingin saya hasilkan.
Sedikit rumusan untuk video ini (saya galakkan anda menghabiskan tontonan video ini). Ia memberikan anda aturan cara database engine memproses sebuah query. Berikut adalah aturannya
Source
Di sini tables data dikenal pasti.
FROM keyword digunakan
Merged
Data-data dari pelbagai table dihubungkan dengan JOIN condition (column yang digunakan untuk memastikan berlaku padanan data.
Filtered (WHERE)
Rows di-tapis berdasarkan kriteria column (contohnya spending_date > ‘2025-01-01’)
Tahap ini hanya rows yang memenuhi kriteria di-return
Grouped
Rows akan dikumpulkan kepada kriteria seperti customer_id
Ini bermaksud row berkaitan dengan customer_di akan dikumpulkan dalam satu kumpulan
Filtered (HAVING)
Walaupun ianya sama dengan langkah 3, namun Filtered yang ini berlaku pada pada kumpulan. Contohnya, filter customer yang mempunyai total_spending lebih daripada RM100.
Selected
Langkah ini merujuk kepada columns mana yang anda ingin return. Walaupun tables itu ada 10 column, jika dalam SELECT statement anda hanya ingin melihat 5 columns, hanya 5 columns yang dipilih akan dipulangkan.
Ordered
Langkah ini akan menyuruh rows anda kepada aturan yang diletakkan dalam ORDER BY.
Anda boleh mempunyai lebih daripada satu ORDER BY columns.
Limited
Bahagian ini, anda menentukan berapa banyak rows yang di-return.
Walaupun berdasarkan FILTERED condition anda, database engine return 100 rows. Namun jika anda menggunakan LIMIT 10 . Databas engine akan hanya return 10 rows
Adakah anda suka content seperti ini? Comment dan share.