Cara-cara Untuk Memecahkan Masalah Besar
Mungkin dengan teknik-teknik ini, masalah anda dapat diselesaikan dengan mudah.
“Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah besar adalah dengan memecahkan masalah tersebut kepada komponen yang boleh diselesaikan.“
Saya sering menerima saranan ini. Namun persoalan utama di sini bagaimankah caranya untuk memecahkan masalah tersebut?
Berikut cara-cara yang memungkinkan anda memecahkan masalah anda.
Pecahkah kepada KEPERLUAN
Untuk memecahkan masalah kepada keperluan, kita perlu mengetahui pihak yang terlibat dan mendapatkan keperluan yang mereka. Sebagai contoh, anda ingin mendapatkan rumah sewa, apakah keperluan anda? Adakah lokasi menjadi keperluan utama anda? Atau kemudahan awan menjadi faktor utama anda? Dengan mengetahui keperluan anda dapat menyusun pilihan penyelesaian.
Pecahkah kepada “Sudah Tahu“ dan “Tidak Tahu”
Masalah dapat diselesaikan dengan pantas jika kita dapat memisahkan bahagian yang “Sudah Tahu“ iaitu bahagian yang ada sudah biasa/mahir dengannya dan bahagian yang “Tidah Tahu“, bahagian yang anda tidak mempunyai maklumat atau kemahiran mengenainya. Dengan cara ini, anda dapat menyelesaikan masalah yang sudah mahir dan menggunakan masa yang berlebihan untuk menyelesaikan masalah yang anda kurang mahir mengenainya.
Pecahkan kepada Jenis Proses
Mungkin masalah yang hadapi berkaitan dengan proses atau aliran (flow) sesuatu kerja. Memisahkah masalah kepada proses-proses yang berbeza, anda dapat mengenal pasti proses yang sebenarnya bermasalah dan memberi fokus kepada proses tersebut.
Pecahkan kepada Jenis Lokasi
Kadang kala masalah tersebut tidak berlaku di semua kawasan. Ianya berlaku di satu dua tempat. Membahagikan masalah kepada beberapa lokasi. Anda dapat mencari lokasi yang terlibat dan mula memulakan proses tersebut daripada puncanya.
Pecahkan kepada Jenis Individual
Masalah juga boleh berpunca daripada individual atau kumpulan individual. Mengenal pasti individual yang mungkin terlibat dalam masalah ini atau terjejas dengan masalah ini. Mungkin penyelesainya yang sesuai mengikut keperluan individual dapat direka.
Contoh-contoh yang saya kongikan adalah sebahagian cara untuk memecahkah masalah anda. Dengan memecahkan masalah anda dengan bahagian yang lebih mudah diurus, beban menyelesaikan masalah dapat dikurangkan.
Semoga bermanfaat.