'Content' dalam Bahasa Melayu
Anak saya pernah bertanya sebab negara lain lebih maju berbanding Malaysia. Bahasa salah satu puncanya. Saya menerangkan kebanyakkan penemuan baru dalam bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Kita mempunyai halangan tambahann untuk memahami sesuatu ilmu
Melayu sebagai bahasa ibunda
Kita —> Bahasa Inggeris —> Ilmu (Komputer Sains)
Inggeris sebagai bahasa ibunda
Mereka—> Ilmu (Komputer Sains)
Jadi saya katakan kepadanya, jika kita mempunyai lebih banyak ilmu diterjemahkan kepada pada Bahasa Melayu, peluang untuk kita memahami sesuatu ilmu lebih cepat dan luas kerana kekangan bahasa telah dihapus (Ini tidak bermakna kita tidak perlu mempelajari bahasa lain).
Oleh itu, saya terangkan kepada perlunya KITA sebagai orang Melayu mengali ilmu dan menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu. Orang kata sembang memang senang. Benarlah orang kata.
Cubaan menghasilkan bahan ilmiah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya agak mencabar. Banyak terminalogi yang membuatkan saya merasa kaget menggunakkannya. Dalam youtube yang saya hasilkan banyak bercampur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Insyallah saya akan memperbaikinya sedikit demi sedikit.
Nota: Saluran Youtube saya: