Saya mula melihat trend email yang lebih manusia dalam tahun ini. Jika sebelum ini kebanyakkan email yang dihantar ke dalam inbox saya, saya lebih kerap tidak menghiraukan email tersebut. Namun tahun ini saya melihat email yang dari syarikat yang sama dengan tujuan yang sama mula memasukkan unsur manusia dengan menggunakan nama orang untuk menarik perhatian saya. Pada saya ianya teknik yang berjaya. Sesekali email yang singgah di inbox dengan nama seorang manusia, saya mengambil masa untuk membacanya walaupun saya tahu ianya adalah email yang dijana secara automatik.
Sebagai contoh Turing Software
Email yang dihantar pada tahun 2022, ianya menggunakan nama syarikat. Namun pada awal tahun 2023, saya mula melihat penggunaan nama manusia seperti
atau
Mungkin ada boleh gunakan teknik yang sama dalam berkomunikasi dengan pelanggan anda?