Azam tahun ini adalah untuk memperbanyakkan penulisan teknikal di ruang maya. Jadi menggunakan Google Sheet untuk merancang bahan berdasarkan tarikh.
Imej di atas merupakan jadual asal yang telah dirancang. Namun saya dapati ada sedikit kekurangan. Tiada hari dalam jadual tersebut. Mengapa perlu hari? Berdasarkan pengalaman saya, lebih mudah untuk merancang kerana bahan terbitan dapat disesuaikan berdasarkan hari. Sebagai contoh, hari Isnin untuk motivasi kerana ia merupakan hari pertama dalam minggu kerja. Atau Jumaat, bahan yang lebih santai.
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini saya gunakan function text mendapatkan hari pada tarikh yang diberikan
= TEXT ( D2, "dddd" )
Hasilnya
Terima kasih dan selamat mencuba.