Setelah melihat perkongsian rakan-rakan di sosial media mengenai Midjourney saya rasa teruja untuk mencuba. Apa itu Midjourney? Ia adalah sebuah generative AI model, yang boleh menghasilkan image berdasarkan arahan (prompt) yang diberi.
Saya cuba mengodek midjourney, namun versi percuma tidak lagi diberikan kepada umum. Sedikit kecewa sebenarnya. Tiba-tiba muncul satu video dalam feed saya yang mencadangkan leonardo.ia. Saya terus mendaftar sebagai pengguna awal.
Apa yang menarik menggunakan aplikasi ini adalah UXnya. Jika Midjourney menggunakan discord sebagai interface utamanya (anda perlu berchat dengan bot Midjourney untuk menjana image). Leonardo menggunakan point and click untuk membantu anda menjana image.
Bagi saya UX seperti ini adalah sesuatu yang sangat membantu untuk orang yang mula mengenai Generative AI. Sebagai pemulaan, LeonardoAI memberikan 150 token setiap hari untuk anda mencuba prompt. Anda boleh mencuba belum anda mula subscribe secara rasmi. Dengan cara ini anda lebih yakin membelanjakan wang anda.
Berikut merupakan hasil prompt saya
Salah satu kelebihan apps ini adalah anda boleh melatih model anda sendiri atau menggunakan model orang lain untuk menjana imej. Tapi mengapa perlu menggunakan model? Mungkin ini soalan yang bermain difikiran anda bukan?
Model ini dapat membantu anda mendapatkan imej yang lebih konsisten dengan prompt yang lebih pendek.
Sebagai contoh, imej ini menggunakan Luna Model
Jika saya menggunakan prompt yang sama untuk default model ini hasilnya.
Lainkan?
Itu sahaja setakat ini. Nanti saya kongsikan lagi. Selamat mencuba.