Model SRL Zimmerman merupakan salah satu SRL model terawal menerangkan kajian pembelajaran kendiri (Self-regulated learning). Dan model ini saya gunakan dalam memahami pembelajaran secara secara online terutama dalam #moodle elearning.
Salah satu sebab saya memilih model ini berbanding dengan model SRL yang lain adalah perubahan fasa dalam SRL jelas ditunjukkan dalam model ini.
Secara umum model ini terdiri daripada 3 fasa utama
Fasa Perancangan (Forethought Phase)
Fasa Pelaksanaan (Performance Phase)
Fasa Muhasabah (Self-reflection phase)
Dalam Fasa Perancangan, terdapat 2 komponen: analisa tugas (task analysis) dan sumber motivasi (self-motivation belief). Semasa analisa tugas dilakukan, pelajar meletakkan matlamat yang ingin dicapai berdasarkan kriteria tertentu contohnya:
Matlamat: Ulangkaji tajuk “Bahasa Arab”
Kriteria: Habis baca dan dapat menjawab soalan exam tahun lepas
Semasa proses ini berlaku, ia bergantung kepada sumber motivasi pelajar. Sumber motivasi ini terbahagi kepada 4 jenis motivasi:
Self-efficacy
Outcome expectation
Task interest/value
Goal orientation
Self-efficacy merujuk kepada sejauh mana pelajar percaya/yakin kebolehannya melaksanakan tugasnya. Pelajar yang mempunyai high self-efficacy akan lebih bermotivasi dalam melakukan tugasnya begitu juga sebaliknya. Mereka percaya dengan usaha yang telah dilaburkan untuk mencapai matlamat mereka.
Pelajar juga boleh dimotivasikan dengan dengan hasil tugas merujuk kepada Outcome expectation. Sumber motivasi begini lebih kepada ganjaran luaran seperti penghargaan dan sesuatu yang bersifat kewangan. Pelajar yang lebih cenderung kepada sumber motivasi ini perlu dimaklumkan tentang ganjaran yang bakal diterima untuk memastikan motivasi terus wujud. Sebagai contoh, jika seorang pelajar menghadiri kursus professional mengetahui mereka berpeluang mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi, mereka lebih bermotivasi untuk menghabiskan kursus tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai maklumat ini.
Satu lagi sumber motivasi adalah Task Value. Task Value fokus kepada nilai tugasan yang akan dilakukan, adalah tugasan tersebut dapat membantu matlamat peribadi pelajar.
Sumber motivasi yang terakhir adalah Goal Orientation. Terdapat 2 kategori dalam Goal Orientation: Mastery Goal dan Performance Approach Goal. Dalam Masteri Goal, pelajar mendapat motivasi daripada perasaan kerana dapat menguasai bahan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar berasa puas jika mereka dapat mempelajar sesuatu bahasa baru.
Namun Performance Approach Goal, sumber motivasi pelajar berpunca apabila mereka dapat membandingkan keputusan sesama rakan. Sebagai contoh mereka membandingkan markah ujian bahasa asing. Ini dapat merangsang pertandingan semasa mereka. Perkara yang perlu diambil perhatian, kadangkala Perromance Approach Goal juga boleh menyebabkan seseorang untuk mengelak melakukan sesuatu kerana ditidak mahu dibandingkan dengan orang lain.
Insyallah nanti saya akan sambungkan bahagia 2: Fasa Pelaksanaan (Performance Phase)
Sumber: https://www.researchgate.net/figure/Zimmermans-2008-SRL-Cyclic-Model_fig1_268516326/download