Dalam fasa ini, perancangan yang dilakukan di fasa sebelum ini dilaksanakan.Terdapat 2 strategi yang akan dilaksanakan: self-control and self-observation, untuk memantau pelaksanaan tugas dan mengekalkan motivasi terhadap tugas. Pelajar boleh menggunakan Task-specific Strategies atau General Strategies dalam self-control strategy
Task-specific strategies merujuk kepada langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas. Sebagai contoh, untuk mempelajari sesuatu bahasa baru, mungki langkah pertama adalah dengan mengenal huruf-huruf dan menghafal cara ia dibunyikan.
Dalam General Strategies, teknik umum seperti pengurusan masa, pengurusan persekitaran(contohnya, mencari kawasan yang kurang gangguan semasa pembelajaran), mencari pertolongan dan memberi habuah selepas menyelesaikan sesuatu tugas (contohnya, boleh mendengar lagu kegemaran jika dalam menghafal 20 perkataan baru) digunakan.
Strategi Self-Observation pula terbahagi kepada 2: Metacognition control dan Self-recording. Metacognition control, pelajar secara mental memantau perkembangan mereka dan membandingkan hasil kepada kriteria tugas. Namun sebaliknya dengan Self-recording, pelajar akan menghasilkan rekod yang formal seperti diari atau catatan harian. Oleh kerana memantau perkembangan adalah satu proses yang kompleks, mencatatkan perkembangan sendiri boleh menggurangkan cognitive load. Satu fenomena yang perlu diambil perhatian dalam proses self-recording adalah kadang kala perkara yang direkodkan adalah tidak selari dengan perkara yang dilakukan. Pelajar lebih cenderung mencatatkan perkara yang mereka rasa mereka lakukan.
Jika anda masih tidak membaca bahagian 1 artikel ini adalah linknya
Bahagian 1: Model Kitaran Zimmerman (Zimmerman Cyclical Phase Model) - Fasa Perancangan (Forethought Phase)
Rujukan:
Zimmerman, B.J., & Moylan, A. R. (2009). Self-Regulation: Where Metacognition and Motivation Intersect. Handbook of Metacognition in Education, 299–315.