Kadang-kadang sebagai data engineer kita perlu test script yang dibuat ke atas table. Namun kita tidak mahu menukar data dalamt table tersebut. Untuk perkara ini anda gunakan SQL ini:
create table temp_orders as (select * from orders);
temp_order adalah table baru yang anda ingin cipta dan table orders adalah table asal yang anda ingin clone.
Tapi jika anda hanya mahu mendapatkan struktur table sahaja? Gunakan SQL ini
create table temp_stk_orders as (select * from orders) with no data;
Dengan cara ini anda tidak lagi perlu secara manual dapatkan script untuk create table and jalan INSERT SQL selepas itu. Teknik ini juga digunakan untuk membina temp table (table sementara) untuk menjalankan perkiraan yang berat/kompleks dan hanya memerlukan table tersebut buat sementara waktu.
Apakah lagi usecase yang yang sesuai untuk clone table. Kongsikan pengalama anda.