Sepanjang pengalaman saya membantu syarikat dalam memperbaiki proses, saya dapati terdapat 2 langkah utama untuk perbaiki sesuatu proses.
Mengurangkan langkah dalam satu proses
Meng”automate”kan langkah dalam satu proses
Untuk perkara yang pertama “Mengurangkan langkah”, saya merujuk kepada jika kita ada 10 langkah (steps) untuk mencapai objektif A, boleh kah kita menggunakaan langkah tersebut kepada 9 atau 8. Kadang kala kita perlu mencabar dan menganalisa semula langkah-langkah tersebut. Adakah ia masih relevan, atau ianya perkara yang wajib.
Untuk perkara ke-2, automasi langkah. Perkembangan teknologi boleh membantu anda membuat automasi langkah. Sebagai contoh, jika dulu anda perlu print surat, tanda tangan dan upload sesuatu dokumen, dengan digital signature anda tidak lagi perlu langkah-langkah ini.
Cuba luangkan masa memikirkan proses-proses dalam hidup anda yang boleh diperbaiki.
Selamat berfikir.