Hampir sebulan tidak menulis jika tidak salah saya. Semuanya kerana saya sibuk menyiapkan 2 buah program dalam python untuk menghasilkan digital content untuk youtube.
“Code boleh membantu anda scale content” itu premis yang saya bina untuk projek yang saya namakan Projek Nadim. Oleh kerana saya programmng language yang saya kuasai adalah python makan ia menjadi pilihan utama saya. Lagipun banyak library yang dapat memudahakan kerja programming . Sepanjang 1 bulan tersebut saya telah membina MVP (minimum viable product):
Trivia Matematik - Program ini menghasilkan 2 nombor rawak dan memberi anda 2 pilihan jawapan.
Trivia Bahasa Melayu - Program ini pula menyusun sebuah perkataan secara rawak dan meminta anda meneka perkataan tersebut berdasarkan pembayang.
Kedua-dua produk ini dapat menghasilkan digital content dengan pantas kerana proses menghasilkan dibantu dengan program python. Secara asasnya kedua-dua program ini mempunyai struktur berikut:
Mendapatkan data daripada csv
Menjana frame images
Menggabungkan frame images kepada video
Memasukkan audio
Trivia Matematik merupakan produk pertama saya. Dalam masa 8 saat video berdurasi lebih kurang 30 saat dihasilkan.
Berikut adalah playlist untuk Trivia Matematik
Saya telah menghasilkan 24 shorts youtube menggunakan program ini. Berikut adalah rumusan perkembangan youtube channel saya:
Berdasarkan rajah di atas saya mula menghasilkan shorts pada 2 Apr 2023 dan dalam tempoh 15 hari, 5 jam watch time. Saya rasakan permulaan OK.
Trivia Bahasa Melayu pula agak baru, jadi data yang dihasilkan tidak banyak. Saya akan kongsikan dalam penulisan akan datang.