ProxySQL - Proxy untuk MySQL
ProxySQL adalah sebuah tools yang sangat baik jika menggurus banyak MySQL database. Tools ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang Data Architect di sebuah syarikat elearning.
Berikut adalah usecase ProxySQL yang telah saya gunakan.
Memisahkan Read dan Write kepada server MYSQL yang berbeza untuk membantu performance Applikasi
Melakukan migrasi database dengan downtime yang rendah
Mengawal trafik kepada MySQL database
Perkara yang saya suka dengan tools ini adalah (1) ia direka untuk “High Availability” kerana perubahan configurasi boleh dilakukan secara on the fly tanpa perlu reboot dan (2) SQL digunakan untuk membuat perubahan (untuk budak database seperti saya ia adalah sesuatu yang memudahkan)
Jika anda menggunakan MySQL Master-Master Replication, ProxySQL dapat mengesan jika salah satu instance dalam configurasi HA itu mengalami masalah. Ia secara automatik akan memindahkan trafik kepada instance yang masih berfungsi.