Python: Split Ayat Kepada Perkataan
Saya pernah ditanya “Bagaimana hendak split ayat jadi perkataan?” Rencana ini diharap dapat membantu anda.
Ayat fokus kita kali ini adalah Nasi Lemak Kampung baru
(lapar pula rasanya = ))
Jika ayat tersebut hanya dipisahkan dengan space, anda boleh gunakan kod ini:
#Cara biasa split string
ayat_panjang = "Nasi Lemak Kampung baru"
perkataan = ayat_panjang.split()
print('Datatype ayat_panjang: ', type(ayat_panjang))
print(perkataan)
print('Datatype perkataan: ', type(perkataan))
Seperti hasil kod di atas, asalnya ayat_panjang
datatype nya adalah str (string), apabila di split ia menjadi list. Jadi aktiviti kod berkaitan dengan list boleh digunakan sebagai contoh:
perkataan[1]
akan hanya menunjukkan perkataan Lemak
.
Bagaimana pula jika ada aksara istimewa seperti koma (,) atau koma tertindih (;)? Senang sahaja cuma tambahkan aksara tersebut dalam split() function seperti di bawah:
ayat_panjang = "Nasi;Lemak;Kampung;baru"
perkataan1 = ayat_panjang.split()
print(perkataan1)
perkataan2 = ayat_panjang.split(';')
print(perkataan2)
Jelas?
Kalau…. aksara istimewa itu bercampur aduk? Yang ini ada panjang sedikit kodnya kerana ia menggunakan library regex:
import re
ayat_panjang = "Nasi Lemak,Kampung;baru"
perkataan = re.split(',|;| ', ayat_panjang)
print(perkataan)
Happy coding Python
Rujukan
https://stackabuse.com/how-to-split-string-on-multiple-delimiters-in-python/