Beberapa hari lepas saya berdepan dengan satu requirement yang memerlukan saya menghantar data daripada satu sistem ke sistem yang lain. Sistem tersebut membaca Pandas dataframe untuk mendapatkan data.
Sistem tersebut memerlukan column dalam pandas data frame untuk semuanya huruf besar. Jika column dataframe anda adalah kombinasi huruf besar dan huruf kecil, bagaimana henda menyelesaikannya?
Berikut merupakan code yang boleh membantu anda mengubah huruf kepada huruf besar
df.columns = df.columns.str.upper()
Ini pula contoh program penuh
import pandas as pd
df = pd.DataFrame({'ID_Pesanan': ['10001','10002','10003','10004','10005','10006',],
'Nama_Pelanggan': ['Kamarul Zaman','Najib Kamal','Aminah Kasim','Tengku Zul','Hafizah Omar','Anuar Jamal',],
'Jumlah_Bayaran': [10.30,230.00,70.21,12.20,0.70,99.99,],
'Lokasi': ['Klang','Seremban','Wangsa Maju','Gombak','Cheras','Shah Alam',]
})
# Dataframe sebelum diubah
print(df)
#Tukarkan column name kepada huruf besar
df.columns = df.columns.str.upper()
# Dataframe selepas diubah
print(df)
Jika anda run command di atas berikut adalah hasilanya:
Jika keperluan sistem anda adalah untuk menukar column name kepada huruf kecil hanya tukarkan code kepada
df.columns = df.columns.str.lower()
Semalat mencuba.