Selain Data Engineering, menulis cerita
Kita perlukan cerita untuk menyampaikan sesuatu matlamat
Mood menulis datang dengan pasang surut seperti air laut. Cuma kadang-kadang surutnya terlalu malam dan untuk untuk kembali pasang memakan masa yang jauh lebih lama.
Ada perkara yang bermain dalam benak fikiran saya. Patutkan saya hanya menumpukan tulisan saya kepada topik Data Engineering sahaja? Atau lebih kepada skill yang perlu ada selain daripada kemahiran teknikal: kemahiran bercerita.
Jadi malam ini, saya telah membuat keputusan untuk memasukkan elemen kemahiran cerita dalam newletter ini kerana saya percaya saya sampai ke tahap ini kerana ia merupakan kombinasi kemahiran teknikal dan kemahiran bercerita.
Jadi kenapa budak teknikal perlukan kemahiran bercerita? Semasa yang berguru dengan seorang penulis senior, beliau sering merujuk kepada surah Yusuf. Katanya Surah Yusuf merupakan sebuah kisah yang indah dalam al-Quran.
Menurut beliau, penceritaan dapat menyampaikan maklumat. Sama ada untuk member inspirasi, memberi nasihat atau pun memujuk hati.
Dengan izin Allah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi tentang teknik dan contoh penyampaian cerita yang saya rasakan akan berguna kepada kita.
nota kecil:
Berikut adalah novel-novel saya: