Azam dihujung tahun 2021 untuk menghasilkan kandungan bermanfaat. Sebelum ini berazam yang sama, tetapi kali ini lebih baik. Mungkin kerana saya tidak lagi bertanggung. Jika dulu saya pentingkan kualiti persembahan kandungan namun sekarang saya dahulukan maklumat dalam kandungan.
Saya mula membuat kerja secara sistematik seperti berikut:
Hasilkan slide
Gunakan muka pertama slide sebagai thumbnail untuk youtube
Buka OBS dan powerpoint slide
Mulakan rakaman OBS (mujur default setting tidak berubah)
Menjelaskan kandungan slide dan beberapa demo
Hentikan rakaman
Muatnaik kandungan terus ke youtube tanpa sebarang edit
Save slide pertama dalam bentuk jpg
Muatnaik thumbnail
Pastikan penjelasan pada caption betul
Upload dan terbitkan sekarang
Langkah yang sama saya ambil untuk hampir semua video youtube saya. Alhamdullilah sudah sudah 11 video dimuatnaik ke:
https://www.youtube.com/c/MohamadHasbullahAbuBakar
Senang usah berfikir panjang. Kesempurnaan membantutkan karya.