Tunjukan Proses Kerja Anda - Show Your Work
Jika anda tidak beritahu, tiada siapa pun yang tahu.
Karya “Show Your Work” oleh Austin Kleon merupakan penyebab saya mula menulis di laman web dan berkongsi hasil kerja saya. Buku ini memberikan kekuatan kepada orang seperti saya yang baru berkecimpung dalam dunia penulisan.
Berikut adalah isi utama yang saya pelajari dalam buku ini:
You do not have to be a lone genius - working together create better works
Anda tidak perlu menjadi genius seorang diri
Kadang kala kita membataskan diri sendiri dengan idea kita perlu menjadi orang yang pakar untuk menghasilkan sesuatu. Namun cara pemikiran ini adalah tidak tepat kerana kerjasama dalam kumpulan dapat menghasilkan yang lebih baik. Apabila anda mula berkongsi proses kerja anda kepada umum (internet) kebarangkalian untuk menemui orang mempunyai minat yang sama dalam lebih tinggi.
Fikiran Tentang Proses bukan Produk Akhir
Dalam menunjukkan hasil kerja anda, anda merekodkan perjalanan dan proses. Mungkin apa yang rancang untuk hasilkan tidak seperti yang diharapkan. Namun proses yang menjurus ke arah itu dapat membantu anda dalam perjalanan seterusnya.
Kongsikan sesuatu setiap hari walaupun sedikit
Tip ini saya suka kerana ia memaksa kita untuk berfikir untuk menghasilkan bahan-bahan dan menjadikan kita berdisplin. Writer block? Seth Godin berkata perkara tersebut hanya dalam fikiran kita. Yang ada adalah penulisan yang bagus atau penulisan yang tidak bagus. Teruskan menulis walaupun anda rasa ianya tidak bagus. Mungkin satu tweet, satu post Facebook atau Linkedin. Mungkin satu post tidak bermakna apa-apa. Namun jika beratus-ratus post anda menceritakan tentang home deco, anda mungkin dianggap sebagai home designer. HEBAT kan?
Cari Perkara yang Menjana Idea
Anda juga boleh menceritakan daripada anda mendapat idea dan inspirasi. Website yang anda lawati atau idea yang rasa berbaloi untuk dirompak. Apabila anda berkongsi sumber inspirasi ini, pembaca akan dapat memahami anda dengan lebih baik.
Namun anda perlu memberikan kredit kepada mereka. Dengan ini anda menghormati hasil kerja mereka dan
Belajar untuk Bercerita dengan Baik
Bagaimana anda menyampaikan cerita dapat mempengaruhi penonton/pembaca anda. Ia dapat membantu mereka memahami kerja anda dan bagaimana ia boleh boleh memberi impak kepada mereka. Ada pelbagai cara untuk menulis dengan baik. Saya menyarankan anda membaca Heroes Journey untukmembantu anda menulis cerita dengan lebih baik.
Ajarkan Kepada Orang Lain
Cara yang yang paling baik untuk menguasi satu subject adalah dengan mengajar orang lain. Jika anda dapat orang untuk memahami satu subjek anda sebenarnya memperbaiki pemahaman anda. Apabila anda mengajar pembaca/penonton anda, mereka akan lebih berminat dengan hasil kerja anda.
Jangan Jadi SPAM
Untuk membina peminat, anda perlu menjadi peminat. Maksudnya anda perlu terlibat dalam sebuah komuniti dan menjadi warga komuniti yang baik. Anda kadang kala anda perlu menyokong idea yang baik dan memberi pandangan yang terbaik dalam komuniti. Mungkin ada di antara mereka akan menjadi peminat anda kerana anda orang yang suka membantu.
Belajar untuk Menerima Kritikan (Mulut Lazer?)
Lumrah berkongsi secara online, anda akan mendapat mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang. Jadi tidak semua akan memberikan maklum balas yang sama. Anda mungkin akan dikritik atau mungkin dibaham, tidak mengapa. Komen yang baik jadikan rujukan untuk penambahbaikan. Dan yang teruk atau menghina ditolak tepi. Mula-mula memang rasa sakit hati, lama kelamaan anda akan biasa dengannya dan dapat meneruskan hidup seperti biasa
Belajar untuk Menjual
Jangan takut untuk mengenakan bayaran untuk sesuatu yang kerja yang anda lakukan. Kenakan bayaran yang berpatutan. Jika anda meminati satu kerja (berkongsi maklumat IT dalam youtube) dan anda dibayar untuk melakukan perkara tersebut, seperti “sudah mengantuk di sorong bantal.”
Kekal lebih Lama
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Peribahasa ini menyarankan kita buat sehabis baik. Sehabis baik itu tidak bermakna yang terbaik dalam dunia tetapi terbaik yang mampu kita lakukan. Anda mungkin gagal dalam satu projek, itu tidak bermakna anda harus berhenti terus. Jadikan projek tersebut sebagai pemula kepada projek yang lain. Jangan putus asa dan kekal lebih lama. Jika anda melihat pembuat content, kebanyakkan mereka menghasilkan beratus-ratus video youtube sebelum dikenali ramai.
Semoga memangkin semangat anda untuk berkongsi ilmu online . Bye.
Dapatkan karya hebat ini di
Google Play: Show Your Work
Shopee: Show Your Work